Assalamualaikum,
Pihak Masjid An-Nahdhah mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1429H.
Semoga tahun hijrah kali ini akan meningkatkan iman kita dalam membentuk
Masyarakat Islam yang progesif yang berpandukan Al-Quran dan As-sunnah.
Terdapat pelbagai program dan aktiviti baru yang menanti anda di sepanjang
Tahun 1429H ini. Namun marilah kita mulakan tahun baru ini dengan
muhasabah dan berdoa kepada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk
melaksanakan segala azam yang telah dibentuk.